Friday, December 17, 2010

tak faham dan salah faham boleh jadi wartawan

 petikan b harian jumaat 17 dis 2010
petikan sinar jumaat 17 dis 2010

maaf, lama tak menulis. akhir tahun banyak tugasan yang harus diselesaikan sebelum menjelang tahun baru.

jumaat 17 dis 2010, seperti biasa penulis membaca beberapa akhbar. seperti biasa juga akhbar-akhbar malaysia terus menyerang pembangkang. sama seperti sebelum-belumnya. dari dulu, kini dan selamanya. mungkin mereka tak sedar bahawa salah satu faktor banyak kerusi lepas kepada pembangkang adalah disebabkan akhbar yang mengarut membuta tuli menyokong kerajaan bn. sekarang bertambah teruk lagi serangan membuta tui mereka sehinggakan terlalu banyak yang tersasul dan memakan diri sendiri.

sebagai petunjuk warga malaysia terus tidak mempercayai akhbar perdana kita dapat melihat akhbar-akhbar baru makin banyak terbit dan memberi fokus kepada berita-berita politik. akhbar harakah dan keadilan terus mendapat sambutan malah meningkat jumlah pembacanya.

kalau dibaca 2 petikan akhbar sinar dan b harian memang ada unsur kekeliruan pada pembaca. susah nak cakap lagi nak bagi komen. tapi bayangkan di akhirat nanti bagaimanakah semua pihak terbabit nak menjawab kekeliruan yang ditimbulkan di hadapan allah swt. bayangkan bagaimana setelah allah swt tunjukkan kekuasaaanNya, dengan lautan manusia yang ramai dan anggota selain dari mulut yang akan berbicara semata-mata benar bagaimanalah pihak-pihak ini akan mempertahankan diri mereka. tarbiah ilmu iman/akhirat menyebabkan kita takut dan amat percaya akan balasan allah swt atas semua tindakan kita di dunia. mungkin mereka kurang ilmu menyebabkan mereka kurang iman dan kurang takut pada allah swt. semoga allah menambahkan ilmu kita, tingkatkan keimanan kita serta dirahmati allas swt.

Sunday, November 14, 2010

ADUHAI!!! UMNO, KENAPA RAYA HAJI PADA 17 ZULHIJJAH 1431


ADUHAI.... APA NAK JADI DENGAN UMNO SEKARANG. TARIKH HARI RAYA HAJI PUN TAK TAHU..... LIHAT BETUL BETUL BANNER INI

UMNO kata Raya Haji 17 Zulhijjah 1431. OP Pochot


Sila kilk gambar jika anda rabun . hu hu

Manjadda wajada

Friday, November 12, 2010

MENYELUSURI SUNNAH RASULULLAH DALAM IBADAH KORBAN

dipetik dari http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/11/058-menuntuni-sunnah-dalam-ibadah.html


Audio Kuliah (mp3) - [Download], Video Kuliah (WMV) - [Download]

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadat kita diterima atau ditolak oleh Allah S.W.T... Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima Allah. Kaedah yang dimaksudkan adalah setiap amal ibadat yang tersebut (yang hendak dilaksanakan) hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w.

Sekiranya kedua-dua syarat yang telah digariskan di atas atau salah satu darinya tidak dipenuhi, maka amal ibadat tersebut dianggap terbatal. Firman Allah S.W.T:

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, 2)

Menurut Fudhail bin ‘Iyaadh r.h:

"Maksud 'amalan yang lebih baik' ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin ‘Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah.” (Dinukil daripada kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258)

Tambahan pula Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang terbaik kepada seluruh umat Islam. Hal ini adalah sebagaimana firman Allah S.W.T:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab, 21)

Begitu juga menurut suatu hadis riwayat Muslim, maksudnya:

“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan menurut cara kami (yang tsabit) maka ia adalah tertolak.” (Sahih Muslim, 1718)

Oleh itu sewajarnya dalam melaksanakan ibadat korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya untuk mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w.

Pertamanya, dalam persoalan hukum ibadah korban ini, para ulama telah berselisih pendapat dalam hal kewajiban penyembelihan binatang korban. Tetapi menurut pendapat yang lebih kuat (rajih) adalah hukumnya wajib bagi setiap orang Islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Lihat: احكام العيدين hlm. 26. Ali Hasan Ali Abdul hamid) Ini bermakna setiap muslim yang berkemampuan wajib menunaikan kewajipan korban di setiap kali menjelangnya Aidil Adha (Hari Raya Korban).

Berkorban hanya sah dilakukan setelah selesai solat Hari Raya ‘Idil Adha atau di hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Janganlah sekali-kali salah seorang antara kamu menyembelih korban, sehinggalah selepas selesai solat (Aidil Adha)”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Allah Azza wa-Jalla telah memerintahkan agar orang-orang beriman berkorban setelah menjelangnya ‘Idil Adha (Hari Raya Korban). Kewajipan berkorban telah disyariatkan sejak zaman Nabi Ibrahim ‘alaihis salam. Umat Islam diperintahkan agar mengikut millah (agama) Nabi Ibrahim sebagaimana seruan Allah Azza wa-Jalla di dalam firman-Nya:

“Kemudian Kami wahyukan kepadamu hendaklah mengikut millah (syariat) Ibrahim yang berdiri teguh atas jalan yang benar, dan bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah”. (An-Nahl, 123)

Perintah Allah Tabaraka wa-Ta’ala menunjukkan tentang wajibnya berkorban, sehingga Nabi Ibrahim ‘alaihis salam sanggup menyembelih anak kesayangannya kerana mentaati dan menunaikan perintah Allah Azza wa-Jalla kepadanya. Allah berfirman:

“Maka tatkala anak itu (Ismail) sampai pada umur sanggup berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Ia menjawab: Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu akan mendapati aku termasuk orang-orang yang benar!”. (As-Saffat, 37:102)

Jika Nabi Ibrahim ‘alaihis salam sanggup mengorbankan satu-satunya anak yang tersayang, Nabi Ismail pula sanggup mengorbankan nyawanya yang tak ternilai kerana taat menunaikan perintah Allah dan cintanya kepadaNya, maka dimana bukti cinta seseorang yang mengaku beriman terhadap Rabbnya, mengapa tidak mengorbankan sedikit dari hartanya, iaitu dengan menyembelih seekor binatang korban di ‘Idil Adha.

DALIL-DALIL MENUNJUKKAN TUNTUTAN BERKORBAN

Antara dalil-dalil syara’, fatwa dan pendapat para ulama Salaf as-Soleh (generasi awal) yang menyatakan bahawa berkorban hukumnya jatuh kepada wajib apabila ada kemampuan ialah:

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”. (Al-Kausar, 2)

Menurut Rabi’ah, Al-Auza’i, Abu Hanifah, al-Laith dan sebahagian para pengikut Malikiyah bahawa berkorban hukumnya adalah wajib bagi setiap ahli keluarga yang mampu. (Lihat: (1). Bidayah al-Mujtahid. 1/314. Ibn Asyd. (2). Al-Fikhul Islami wa-Adillatuhu. Juz 3/595-597. Dr. Wahbad az-Zuhaili) Antara dalil-dalil mereka yang menunjukkan wajibnya berkorban kepada sesiapa yang berkemampuan ialah:

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”.

“Dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menetap (mukim) di Madinah selama sepuluh tahun, baginda tetap menunaikan korban”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

“Di masa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, setiap seseorang lelaki berkorban dengan seekor kambing untuknya dan untuk keluarganya”. (H/R Tirmizi, kitab al-Adhahi 2/1216 (hadis ini disahihkan oleh beliau). Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 2/2546 (dengan sanad yang sahih). Hadis ini disahihkan juga oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

“Diatas setiap ahli bait (ketua keluarga) hendaklah ada sembelihan (korban/udhiyah)”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah. Hakim (disahihkan oleh beliau))

“Barangsiapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan/kemampuan (rezeki untuk berkorban), lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim dan sanadnya hasan. Lihat: Fathul Bari, jld. 10/5. Hadis Mauquf lihat: Bulughul Maram, 1349 dan Ahkam al-I’dain, hlm. 26)

Telah dijelaskan dalam kitab Subulus Salam tentang maksud hadis di atas ini bahawa:

“Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang dianggap telah meninggalkan suatu kewajipan (korban) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya, walaupun dia bertaqarrub kepada Allah (solat tetapi sayangnya) dia meninggalkan kewajipan itu (korban)”. (Lihat: Subulus Salam, 4/169)

“Bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah berkorban untuk orang yang belum berkorban dari umatnya dengan seekor kambing kibasy”. (Hadis Riwayat al-Barra’ bin Azib)

“Dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Kami bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di salah satu perjalanan (safar), kemudian tiba Hari Raya Korban, maka kami berkongsi tujuh orang pada seekor lembu dan sepuluh orang pada seekor unta”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi, 1213. Dan disahihkan oleh al-Albani)

“Dari Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Kami telah menyembelih korban bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di Hudaibiyah, iaitu unta untuk tujuh orang dan lembu untuk tujuh orang”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Imam Malik rahimahullah berkata:

“Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)

Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum berkorban adalah sunnah, bukan wajib. Inilah antara pendapat Imam Syafie rahimahullah. Namun setiap kata-kata dan pendapat boleh diterima dan ditolak, kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

WAKTU MULA MENYEMBELIH KORBAN
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilakukan setelah selesai solat Hari Raya. Tidak dihukum sebagai ibadah korban bagi sesiapa yang menyembelih sebelum selesainya solat Aidil Adha. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Baginda bertanya apakah (disembelih) sebelum solat? Ia menjawab: Ya! Baginda bersabda: Itu adalah daging kambing (sedekah) yang bukan kambing korban”.

“Sesungguhnya perkara yang pertama yang kita mulakan pada hari ini (Hari Raya Korban) ialah kita solat, kemudian menyembelih (binatang korban). Maka sesiapa yang melakukan serupa itu dia telah mendpatkan sunnah kami. Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat, maka sesungguhnya sembelihan itu adalah daging yang diperuntukkan bagi keluarganya, bukan termasuk binatang korban sedikitpun”. (Hadis Riwayat Muslim, 1961)

“Barangsiapa yang menyembelih sebelum kami bersolat, maka hendaklah dia menyembelih sekali lagi sebagai gantinya”.

“Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (solat Hari Raya), maka hendaklah dia mengulanginya”. (Hadis Riwayat Bukhari, kitab Al-Adahi, 5561. Muslim, 1962)

“Sesiapa yang menyembelih korban sebelum solat, maka sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang menyembelih sesudah solat dan dua khutbah, maka sesungguhnya sempurnalah ibadahnya dan tepatlah menurut sunnah orang-orang Islam”. (Hadis Riwayat Bukhari)

HARI UNTUK MELAKSANAKAN BERKORBAN
Hari yang diizinkan menyembelih korban ialah hanya pada hari hari Tasyriq, iaitu sampai terbenamnya matahari diakhir hari Tasyriq. Demikianlah dari Ali bin Abi Talib, pendapat mazhab Hanafiah dan mazhab Syafi’eyah. (Lihat: Subulus Salam) Malah Imam Ahmad berpendapat seperti itu kerana beliau berkata:

“Ini adalah pendapat lebih dari satu sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Al-Atsram menyebutkan antara mereka ialah: Ibnu Umar dan Ibnu Abbas radiallahu anhuma”. (Lihat: Zaadul Ma’ad. 2/319)

Pendapat mereka ini ialah berpandukan kepada hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Pada semua hari-hari Tasyriq adalah hari sembelihan (korban)”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/8. Ibnu Hibban dan al-Baihaqi. Disahihkan oleh Syu’aib al-Arnauth. Lihat: Zaadul Maadm, 11/318, Ibnul Qaiyim. Dan dihasankan oleh Sheikh Ali Hasan Abdul Hamid. Lihat: Ahkamul Iedain)

“Dari Ibnu Umar berkata: Berkorban dua hari setelah hari Adha Masuk Hari Raya)”. (Hadis Riwayat imam Malik)

Sesiapa yang menyembelih dengan niat untuk berkorban selepas hari-hari yang dinyatakan di atas, iaitu setelah berlalunya hari Tasyrik, maka tidak lagi terhitung sebagai ibadah korban, kerana hari Tasyriq telah luput, maka sembelihannya hanya dikira sebagai sedekah, tidak dihukum sebagai ibadah korban.

ADAKAH BATAS UMUR BAGI HAIWAN QORBAN?
Harus mencapai usia Musinnah dan Jadza’ah

“Janganlah kalian menyembelih kecuali setelah mencapai usia musinnah (usia yang cukup bagi unta, lembu, dan kambing). Namun apabila mengalami kesukaran, maka sembelihlah binatang yang telah mencapai usia jadza’ah (usia yang cukup) dari domba (kibas).” (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh kerana tidak ada ketentuan syar’i berkenaan batasan usia, maka terjadilah perbezaan pendapat di kalangan ulama. Akan tetapi pendapat yang paling banyak dipilih dari kalangan mereka adalah sebagaimana berikut; Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kambing 1 tahun, dan kibas (domba) 6 bulan. Pendapat ini dipilih oleh Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah di dalam asy-Syarhul Mumti’, 7/460.

HAIWAN YANG TIDAK CACAT

Haiwan yang ingin dijadikan korban tidak boleh cacat atau ada kekurangan, seperti kurus, pincang (tempang), berpenyakit, buta walau sebelah mata, hilang telinga, tanduk atau kakinya. Syarat-syarat ini berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Empat (jenis binatang) yang tidak dibolehkan dalam berkorban: Buta sebelah yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang (pincang) yang jelas bengkoknya, yang tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Hakim)

HADIS-HADIS LEMAH DALAM HAL INI

Hadis-hadis di bawah ini adalah hadis-hadis lemah. Walaupun sebahagian besar masyarakat Islam masih mengamalkan dan menerimanya sebagai hujjah dalam menunaikan ibadah korban, namun yang sebenarnya ia sama sekali tidak boleh dijadikan dalil/hujjah dan tidak boleh diamalkan untuk beribadah korban. Antara hadis-hadis berikut ialah:

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang dari musfarah, al-musta’salah, al-bakhqaa’, al-musyaya’ah dan al-kasirah. Al-musfarah ialah yang dihilangkan telinganya dari pangkalnya. Al-musta’salah ialah yang hilang tanduknya dari pangkalnya, al-bukhqaa’ ialah yang hilang penglihatannya dan al-musyaya’ah ialah yang tidak dapat mengikuti kelompok kambing kerana kurus dan lemahnya, dan al-kasirah ialah yang tidak berlemak”. (Hadis ini dilemahkan oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam Dhaif Abu Daud, no 599. Hlm 2/4)

“Saya membeli seekor kambing untuk berkorban, lalu serigala menerkamnya dan membaham punggungnya, kemudian aku tanyakan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, baginda bersabda: berkorbanlah dengannya”. (Hadis ini dilemahkan oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Lihat: Daif Ibnu Majah no. 679)

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menegah seseorang berkorban dengan binatang yang terpotong tanduk dan telinganya”. (Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, hadis in adalah mungkar. Lihat: Irwa’ul Galil 4/1149)

Oleh kerana hadis-hadis di atas adalah lemah, maka binatang yang sengaja dipotong tanduknya, ekornya atau diberitanda (ditindik) di telinganya kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka ia dibolehkan untuk dijadikan binatang korban.

Adapun binatang yang cacat sejak dilahirkan, dicacatkan tanpa ada sebab atau dicacatkan oleh gigitan binatang buas, maka ia tidak boleh dijadikan ibadah korban.

PERKARA-PERKARA YANG SUNNAH

Ada beberapa perkara yang disunnahkan bagi mereka yang melakukan korban, antaranya:

1 - Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (Hadis Riwayat Muslim, 1977. Hadis dari Ummu Salamah)

“Barangsiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah:

“Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Lihat: Syarah Muslim 13/138)

Berkata Ibnu Qudamah rahimahullah:

“Sesiapa yang melanggar larangan ini (mengunting rambut dan memotong kuku pent.), hendaklah memohon ampun kepada Allah dan tidak ada fidyah baginya, sama ada disengajakan atau terlupa”. (Lihat: Al-Mughni 11/96)

2 - Makan daging sembelihannya, bersedekah dan menyimpan dagingnya yang lebih:

“Makanlah sebahagian daripadanya, dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir”. (Al-Haj, 22:28)

“Bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Makanlah (dagingnya), simpanlah (jika ada yang lebih) dan bersedekahlah”. Hadis Riwayat Bukhari 5569. Muslim 197)

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan aku untuk menyemblih binatang korbannya dan membahagi-bahagikan dagingnya, kulitnya dan alat-alat yang melindungi tubuhnya. Dan tidak memberi (sebagai upah) tukang sembelih sedikitpun dari korban tersebut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut pendapat jumhur ulama, setiap yang bermanfaat yang datangnya dari tubuh binatang korban tidak boleh diperjualbelikan. Tukang sembelih yang diupah untuk menyembelih tidak mendapat daging korban dan tidak boleh diupah dengan daging korban, tetapi yang dia dapat hanyalah upah dari yang berkorban sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis di atas.

3 - Disunnahkan bagi yang berkorban menyembelih sendiri binatang sembelihannya, atau mewakilkan kepada orang lain (Lihat: أحكام العيدين hlm. 77. Sheikh Ali Hasan al-Halaby) jika ada halangan atau tidak berdaya melakukannya sendiri.

Untuk memperlihatkan syi’ar Islam, maka disunnahkan agar menyembelih di musalla (di tanah lapang yang digunakan untuk solat). Ini berdalilkan hadis dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhu dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di Musalla”. (Hadis Riwayat Bukhari)

MENYEMBELIH SECARA SUNNAH
Hendaklah menyembelih dengan pisau yang tajam, tidak boleh menggunakan pisau yang diperbuat daripada tulang. Ketika hendak menyembelih ucapkanlah: Bismillahi wallahu Akbar (بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ). Baringkanlah binatang korban pada sebelah sisi kirinya agar mudah memEgang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri, sebagaimana hadis Rasulullah:

“Dari Anas radiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyembelih dua ekor kibasy yang bagus dan bertanduk. Baginda mengucapkan basmalah dan bertakbir serta meletakkan kakinya di samping lehernya”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Selain menggunakan pisau yang tajam semasa menyembelih, maka disyariatkan agar mencontohi cara atau sifat penyembelihan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, iaitu membaca “Bismillahi Allahu Akbar”, kerana menurut riwayat yang sahih baginda membacanya ketika menyembelih binatang korban. Antara hadis-hadis yang menjelaskan demikian ialah:

“Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, maka hendaklah dia menyembelih sekali lagi sebagai gantinya. Dan barangsiapa yang belum memyembelih hingga kami selesai solat, maka hendaklah dia menyembelih dengan menyebut nama Allah (بسم الله)”. (Hadis Riwayat Bukhari no 5562. Muslim no 1960)

“Dari Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Aku bersolat ‘Idil Adha bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, setelah selesai solat, didatangkan kepadanya seekor kibas, maka baginda menyembelihnya dan membaca: Bismillahi Wallaahu Akbar”. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

TIDAK MEMBERIKAN DAGING KURBAN SEBAGAI UPAH
Nabi s.a.w. pernah menyuruhku untuk menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya, dan aku tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih dari haiwan korban tersebut. Dan dia mengatakan: “Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” (Hadis Riwayat Muslim, 1317)

SATU SEMBELIHAN UNTUK SEMUA AHLI KELUARGA

Seekor binatang korban, sama ada kambing atau lembu, boleh dikongsi pahalanya untuk dirinya, untuk orang-orang yang dalam tanggungannya dan untuk kesemua ahli keluarganya walaupun hanya berkorban dengan seekor kambing. Kerana seorang ketua keluarga mewakili seluruh keluarganya apabila dia berkorban. Ini berdasarkan hadis:

“Berkata Ata bin Yasar: Aku bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansari bagaimana sifat sembelihan dimasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Beliau menjawab: Jika seseorang berkorban seekor kambing, maka untuk dia dan semua keluarganya. Kemudian mereka makan dan memberi makan dari korban tersebut”. (Hadis Rriwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah, Malik dan al-Baihaqi. Dengan sanadnya yang hasan)

Namun, tidak ada larangan jika setiap individu dalam sebuah keluarga berkorban seekor kambing setiap seorang. Wallahu ‘alam, walhamdulillahi, was-shalatu was-salamu ‘ala Rasulullah.

Tuesday, November 9, 2010

zambry guna mufti dan media buat serangan balas

semuanya cuba dikumpul dibawah ini. tentang kepercayaan melayu berkaitan tiang seri pun ada. minta baca dengan hati terbuka dan nilai. 


petikan bh 10 nov 2010



berikut adalah berita yang dipetik dari malaysia kini

PAS guna cara agama serang saya, kata Zambry
Nov 8, 10 7:08am
Kongsi 0
Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mendakwa oleh kerana sokongan orang Melayu telah kembali meningkat terhadap kerajaan BN, PAS terpaksa menggunakan cara lama mereka iaitu memainkan agama sebagai isu untuk menarik semula sokongan itu.

Dakwanya, cara itu turut digunakan untuk melaga-lagakan hubungan yang baik antara beliau dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung amalan khurafat yang didakwa dilakukannya ketika upacara meletak ancak di tiang seri rumah semasa program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong di Kuala Kangsar pada 17 Oktober lalu.

"Mereka menggunakan agama untuk menyerang saya. Mereka memainkan agama sebagai isu kerana mereka tahu sokongan orang Melayu kembali kuat kepada kerajaan BN...Saya tidak pernah mempertikaikan pandangan Mufti, berbeza dengan mereka yang hanya pandai mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali di kediamannya di Ipoh, semalam.

Sebaliknya, kata Zambry semasa Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan Khalil Idham Lim (ADUN Titi Serong) memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock dengan memegang lilin yang bernyala dan berpakaian serba hitam, tiada pula teguran yang dibuat parti itu.

Pada 22 Oktober lalu, Dewan Pemuda Pas mendesak Harussani memberi teguran kepada Zambry yang didakwa telah mengadakan upacara meletak ancak pada tiang seri rumah yang mana amalan itu bertentangan dengan akidah Islam.
Pada upacara ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong, Zamri telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya.

Menurut PAS upacara itu diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

"Upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah - dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman... Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah," kata ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan.

petikan kosmo

Pasung hantu tiang seri


TIDAK lengkap rumah Melayu dahulukala jika tidak bertiangkan kayu. - Gambar hiasan


“JANGAN main dekat tiang seri. Nanti malam tak boleh tidur.”
Nasihat berbaur amaran oleh arwah datuk saudaranya masih terngiang-ngiang di telinga seorang kawan penulis setiap kali dia mengunjungi rumah tersebut.
Malah, hatinya berdebar apabila cuba menghampiri tiang yang terletak di tengah rumah itu.
Berdasarkan seni bina orang Melayu dahulu, tiang seri merupakan tonggak sesebuah kediaman.
Terletak di tengah-tengah struktur bumbung, ciri utama yang membezakan tiang tersebut ialah jenis kayunya.
Menurut seorang ‘orang lama’, Rafie Dahlan, 57, rumah, masjid atau bangunan tanpa tiang seri tidak akan berseri.
Bagaimanapun, kata Rafie, dia tidak dapat memastikan sama ada benar atau tidak tiang seri mempunyai ‘penjaga’ seperti yang dikhabarkan oleh orang dahulukala.
“Tetapi berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah diganggu ketika tidur berhampiran tiang seri.
“Saya rasa panas dan pernah meracau,” katanya yang kini menetap di Singapura.
Cerita Rafie lagi, terdapat beberapa upacara yang perlu dijalankan ketika memilih tiang seri hinggalah selesai kerja memasak.
Adat tersebut berbeza mengikut tempat dan negeri. Malah, ada juga masyarakat Melayu yang langsung tidak mempunyai upacara ketika menegakkan tiang seri.
“Lazimnya, sebelum tiang lain ditegakkan, tiang seri ditegakkan dahulu menggunakan khidmat bomoh yang diyakini pakar mengenai rumah,” katanya.
Dalam kesamaran ingatan, Rafie menjelaskan semasa memasang tiang seri di rumah arwah bapanya di Jelutong, Pulau Pinang beberapa dekad lalu, bomoh berkenaan mengikat sehelai kain kuning pada kuda-kuda yang bersambung dengan tiang seri tersebut.

KEPERCAYAAN tiang seri memiliki misteri tersendiri kurang dihiraukan sekarang.


Pantang larang
Sebilah keris kecil turut diletakkan pada tiang seri yang diperbuat daripada kayu nyatuh itu.
Menyentuh mengenai pantang larang , ia bermula ketika memilih pokok lagi.
“Menurut arwah ayah, pokok yang dipilih haruslah mengikut turun naik matahari. Hendak mengupas kulit pokok itu pun ada caranya,” kata Rafie.
Logik pemilihan sebegitu rupa berkait rapat dengan teknik pembinaan rumah oleh orang dahulu.
Tanpa menggunakan paku dan hanya bergantung pada pasak, Rafie menyimpulkan ia sebab utama kenapa bukan sembarangan kayu boleh dijadikan tiang rumah.
“Kayu harus kuat, teguh untuk menampung bumbung serta tidak mudah pecah semasa dipahat.
“Kayu juga mesti tahan panas dan hujan serta mampu merentasi masa hingga puluhan tahun lamanya,” ujar Rafie.

SAMA ada masjid atau kediaman tradisional Melayu, fungsi tiang seri adalah sama iaitu sebagai tonggak utama binaan. - Gambar hiasan


Beliau turut memberitahu, cara mendirikan tiang seri di dalam rumah pun ada kaedahnya yang tersendiri.
Sambung Rafie, menurut cerita lisan orang lama, kayu tiang seri adakalanya dipilih daripada pokok yang mempunyai ‘kayu pasung hantu’.
Berbentuk seperti Hajarul Aswad, kayu pasung hantu merupakan dua batang kayu yang bercantum dan membentuk seperti lubang.
Dipercayai, makhluk halus tidak boleh menghinggapi kayu sebegitu. Secara tidak langsung, ia menjadi pendinding kepada rumah yang siap kelak.
“Namun, tidak dinafikan masih terdapat makhluk halus yang singgah di tiang seri.
“Kepercayaan tersebut seringkali membawa kepada upacara tertentu ketika menegakkan tiang seri bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” jelas Rafie.
Dalam pada itu, meskipun rumah arwah bapanya telah roboh lebih 15 tahun lalu, tiang seri tersebut masih tegak berdiri di tempat asal.
Memegang nasihat bapanya agar tiang seri itu tidak diganggu, Rafie tidak mempunyai pilihan lain kecuali membiarkannya reput mengikut masanya sendiri.
“Bukan sebab percayakan perkara mistik di sebalik tiang seri itu namun disebabkan ia tiang pertama yang didirikan, jadi saya biarkan saja di situ,” katanya.

netbook 1malaysia punya cerita




fakta 1
baru-baru ini di parlimen telah dibangkitkan oleh seorang mp sabah memaklumkan bahawa netbook 1malaysia diterima oleh penerima yang tinggal di kawasan yang tiada liputan internet.
fakta 2
banyak kes penerima netbook 1malaysia yang menjual netbook untuk mendapatkan tunai kerana tunai adalah lebih penting bagi mereka untuk meneruskan kehidupan.
fakta 3
ramai pekedai komputer yang ‘seronok’ kerana banyak netbook 1malaysia yang ‘rosak’. antara masalah utama ialah tiada di’install’kan office dan masalah penerima sendiri yang langsung tak tahu menggunakan komputer.
begitulah fakta yang boleh dijadikan renungan kita bersama. tak diketahui kebenaran dakwaan rocky bru bahawa 1 billion jumlah wang yang diperuntukkan untuk projek netbook 1malaysia ini dan syarikat yang yang ditawarkan mengendalikan projek ini mempunyai kaitan dengan individu penting.
apakah kerajaan masih gagal dalam ‘penyampaian’nya? sama seperti sebelum pru 12 sehingga rakyat bangkit mengundi pembangkang.
apakah hanya semata-mata kerana tujuan yang tidak seutama mana, kerajaan sanggup mengetepikan keutamaan lain yang lebih utama? ini juga mengakibatkan rakyat mengundi pembangkang pada pru 12.
makmal komputer di sekolah-sekolah banyak yang sudah ditinggalkan oleh guru mahupun pelajar. kerana apa? jawapannya perkakasan dan perisian yang telah ketinggalan 10 tahun kebelakang. jika ict yang hendak dimajukan maka usaha meng’upgrade’ balik makmal komputer sekolah patut diberi keutamaan.
kemudian mungkin melalui sedikit peruntukkan tambahan makmal ini perlu digesa oleh kerajaan membuat program celik ict kepada masyarakat setempat. contohnya program hujung minggu atau semasa cuti persekolahan kerana usaha ini dapat mengoptimakan penggunaan peruntukkan makmal komputer yang dikeluarkan.
apa yang lebih malang, masih ada sekolah terutama sekolah bantuan modal yang masih tidak mempunyai makmal komputer. sekolah-sekolah ini merupakan penyumbang utama pegawai-pegawai kerajaan sehingga sekarang. pada masa itu sekolah-sekolah kerajaan masih terkial-kial. sekarang sekolah bantuan modal diketepikan tanpa makmal komputer hanya dengan alasan bangunan dan tanah bukan milik kerajaan tanpa merenung kembali jasa lagi sumbangan yang telah dicurahkan oleh sekolah-sekolah tersebut pada satu masa yang lalu.
ringkasnya, 1 billion (kalau benar) eloklah disalurkan terlebih dahulu kepada :
1.   meng’upgrade’ makmal yang sedia ada
2.   mengoptimakan penggunaan makmal sekolah kepada masyarakat setempat.
3.   mengadakan / mengubahsuai makmal computer di sekolah bantuan modal
4.   program literasi ict harus diwajibkan di semua sekolah rendah atau menengah.

Monday, November 8, 2010

PUASA SUNNAT ARAFAH

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) [1]
Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:
Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)
Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]
Allahu a’lam bisshawab...

[1] al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji
[2] Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

Wednesday, November 3, 2010

ke mana lagi kita nak ditipu umno?

Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen,

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.
Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru."Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.

"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.

"Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.

"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."
Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang didakwa melakukan perbuatan seperti itu.

"Saya harap bila kita bincang mengenai ekonomi janganlah salahkan mana-mana pihak, salahkan mereka yang telah terima saham tetapi tidak tahu ke mana saham itu pergi," katanya lagi.
Terlalu banyak kedurjanaan umno. Berikut beberapa perkara yang dapat disenaraikan:
  • Meng'hilang'kan Bank Bumiputera dari muka bumi ini. Setelah RM5o juta geran penubuhannya juga turut diagih-agihkan melalui hutang tidak berbayar oleh puak-puak umno dan kepada pemegang-pemegang amanah.
  • Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?
  • Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?
  • Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.
  • Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
  • Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?
  • Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?
  • Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?
  • Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?
  • Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?
  • Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?
  • Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?
  • Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?
  • Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?
  • Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?
  • Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?
  • Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?
  • Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mewar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?
  • Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?
  • Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)? 
 Senarai pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah dirakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya bersatu. Kini menyedari kuasa semakin terhakis dari genggaman maka gegak gempita seruan untuk bersatu.

Sedikit tentang sejarah kita, di bawah ini dicatatkan beberapa nota penting :
 

  • Sebab itu apabila mereka tewaskan Malayan Union, persekutuan yang menggantinya secara rasmi dinamakan Pesekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini 80 peratus lebih rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Kelebihan yang tinggi ini meyakinkan mereka yang nasib mereka akan ditentukan oleh mereka.
  • Dalam Pilihanraya 1955 mereka bersedia untuk memberi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya Melayu kepada calon kaum-kaum lain daripada parti-parti rakan dalam Perikatan. Dengan undi yang ada pada mereka, mereka tentukan calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan. Tujuan korban ini ialah untuk meyakinkan penjajah British yang orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila berkuasa.
  • Dengan ini British pun memberi kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu hanya dua tahun selepas korban yang dibuat oleh orang Melayu.
  • Atas tuntutan Sir Tan Cheng Lok supaya ditambah rakyat bukan Melayu, Kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80 peratus kepada 60 peratus dengan memberi kerakyatan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu. Satu kontrak sosial dibuat supaya pengurangan ini diimbangkan dengan agihan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu. Bagaimana ini hendak dicapai tidak pula dijelaskan.
  • Kemasukan Singapura ke dalam Malaysia mengakibatkan jumlah Melayu bertambah kurang walaupun ditukar istilah kepada bumiputera supaya dapat digolongkan sekali penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak. 
  • Kesannya Singapura terpaksa dilepaskan kerana takut jumlah peratusan Melayu akan digugat.

Tuesday, November 2, 2010

wartawan tak tahu sirah, spr setuju melulu

diatas petikan akhbar berita harian.

Sedih baca akhbar hari ini sama seperti pada hari-hari lain. Hari ini akhbar terus jahil tentang Islam atau sengaja buat tak faham. Macam-macam yang dituduh hanya pada Allah SWT kami serahkan. Harap dapat dibaca penjelasan di bawah yang penulis petik dari internet dari beberapa web dan blog.

petikan utusan online 3 nov 2010

GUA MUSANG 2 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti sama ada tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sumbangan wang tunai kepada masyarakat Orang Asli di Lojing, semalam melanggar Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Bagaimanapun Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa menyiasat atau mengambil tindakan ke atas Nik Abdul Aziz sekiranya kes tersebut benar-benar berlaku.

baca selanjutnya di utusan





Mualaf memang menjadi perhatian Nabi Muhammad SAW. Banyak dalam sirah baginda menunjukkan baginda amat mengambil berat tentang golongan mualaf. Antara yang sering diulang baca ialah tentang Perang Hunain. Walaupun diulang berkali-kali, namun setiap kali itulah juga hati menjadi begitu sayu, tersentuh dengan ucapan Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah :

Selepas kemenangan di pihak Islam, Rasulullah s.a.w. membahagi-bahagikan harta rampasan perang. Penduduk Makkah yang baru memeluk Islam diberikan lebih banyak harta rampasan perang. Tindakan baginda itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir individu kaum Ansar, hingga timbul kata-kata yang kurang baik di belakang baginda. Kata Mereka,"Apabila bertemu kaum Quraisy, kita dilupakannya. Sedangkan darah musuh belum kering dari mata pedang kita." Demikianlah antara kata-kata segelintir orang Ansar yang menyinggung perasaan Rasulullah s.a.w.


Baginda kemudiannya menceritakan perkara sebenar yang menjadi isu. Baginda bersabda yang bermaksud,;


"
Aku berikan harta rampasan kepada penduduk Makkah, semata-mata hendak memujuk hati mereka yang baru sahaja memeluk Islam. Sementara kaum Ansar pulang ke Madinah walaupun tanpa harta rampasan perang, tetapi mereka akan pulang bersama Nabi Allah. Mana lebih baik, pulang bersama Nabi Allah ataupun dengan harta rampasan perang?"

Semua kaum Ansar menitiskan air mata selepas mendengar penjelasan daripada Rasulullah s.a.w.Mereka kesal kerana mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan kepada Rasulullah s.a.w. berhubung isu harta rampasan perang..... 

Maksud muallaf ialah orang yang dijinakkan hatinya supaya tertarik kepada Islam. Oleh itu, golongan muallaf yang berhak menerima zakat ialah mereka yang baru memeluk Islam, yang kehilangan sumber pencarian atau pendapatan ahli keluarga sehinggalah dia mampu berdikari dan menguruskan kehidupan keluarganya.

Istilah mualaf atau orang yang memeluk Islam disebut dalam al-Quran. Ini bermakna, menjadi mualaf atau gelaran mualaf itu adalah satu kemuliaan kerana mereka ibarat kanak-kanak yang baru lahir, bersih daripada dosa dan noda. Saya tidak kisah sama ada mualaf ini hendak dipanggil saudara baru, saudara muslim, saudara kita dan lain-lain gelaran. Apa yang penting kebajikan dan nasib mualaf terbela.

Mualaf bukanlah golongan kelas kedua atau ketiga, tetapi mereka adalah golongan istimewa yang perlu diberikan perhatian. Malangnya, golongan ini selalu dilupakan walaupun diingatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. (Surah At-Taubah: 60)

Perlu diingatkan bahawa, Islam bermula dengan mualaf. Setelah Nabi Muhammad SAW diangkat oleh Allah SWT menjadi Rasul, maka seluruh umat Islam yang mengikuti perjuangan Rasulullah SAW adalah bergelar mualaf, kecuali Saidina Ali Abi Talib, kerana beliau memeluk Islam ketika masih di bawah umur. Contoh Saidina Ali ini jelas menunjukkan betapa remaja boleh berperanan lebih jauh dan menjadi aset kepada agama, bangsa dan negara, sekiranya mereka benar-benar insaf akan tanggungjawab dan memahami penciptaannya oleh Allah SWT, bukan sekadar main-main.

Peranan dan penglibatan mualaf di zaman awalan Islam memang tidak boleh dinafikan sama sekali. “Mualaf-mualaf” ini melibatkan diri secara aktif bersama-sama Rasulullah SAW. Perjuangan ini disambung oleh generasi seterusnya, sehinggalah Islam berkembang ke seluruh dunia, tidak ketinggalan turut sampai ke Alam Melayu.

Jika mualaf itu kaya, tidak bermakna mereka tidak layak atau tidak perlu diberikan perhatian dan bantuan. Mereka tetap layak mendapat bantuan berasaskan asnaf zakat. Sama ada mereka mahu menerima atau tidak, itu persoalan lain. Bantuan tersebut perlu disalurkan sebagai tanda mengambil berat. Saya yakin mualaf yang berada (kaya) tidak akan menerima wang tersebut, sebaliknya akan mengembalikannya kepada yang berhak. Yang penting ialah “sikap ambil berat dan follow up”.

petikan akhbar luar negara sidang akhbar anifa - clinton 2

laporan AFP
Clinton talks see Malaysia pledge fair trial for Anwar
KUALA LUMPUR — Malaysia pledged Tuesday after talks with visiting US Secretary of State Hillary Clinton that opposition leader Anwar Ibrahim will get a fair trial on sodomy charges.
Clinton is in Malaysia to cultivate stronger ties with the moderate Muslim-majority nation, but nevertheless renewed US calls for the politically explosive charges to be handled "fairly and transparently".
Speaking at a joint press conference after discussing the case with Clinton, Foreign Minister Anifah Aman denied Anwar's claim that the charges are a conspiracy aimed at neutralising the threat he poses to the ruling coalition.
"It is in my interest and our interests to make sure Anwar gets a fair trial because if there is such a thing as political persecution, if it can happen to Anwar, it can happen to all of us," Anifah said.
"Being an open trial I think the world will be able to judge the outcome," he said of the charges that could see Anwar jailed for up to 20 years.
Anwar, a former deputy premier who was sacked and jailed a decade ago on separate sex and corruption counts widely seen as politically motivated, says he is the victim of another plot after stunning 2008 electoral gains.
On a visit to Washington in June, he welcomed the attention being paid to Malaysia by President Barack Obama but said the US needed to be careful not to be "condoning the excesses" of Prime Minister Najib Razak's government.
Anwar had been expected to meet Clinton during her visit, but US officials said Tuesday that there were no plans for talks.
However, Clinton noted that the US "believes it is important for all aspects of the case to be conducted fairly and transparently and in a way that increases confidence in the rule of law in Malaysia."
Anwar spent six years in jail on the original sodomy and corruption allegations until the sex conviction was quashed in 2004. Sodomy, even among consenting adults, is illegal in Malaysia.
His new trial, on allegations of illicit relations with a young male aide, opened in February but has been punctuated by lengthy delays and has made little progress.

http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5i1yenJc1E1hAvs1lTlQ0B5RMNYyw?docId=CNG.de2a93e1de9683fa8e867479fce983b1.21

petikan akhbar luar negara sidang akhbar anifa - clinton 1

KUALA LUMPUR (Reuters) – Secretary of State Hillary Clinton called on Tuesday for Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim to get a fair trial but carefully sought to avoid offending the Malaysian government.
Anwar, on trial for sodomy in what Washington views as a politically motivated case, has denied the charge and says it is a repeat of a government conspiracy that saw him dismissed as deputy prime minister in 1998.
Clinton is in Malaysia for meetings with top officials of a country that has seen its relations with the United States improve significantly in recent years despite the disagreement over Anwar's treatment.
"It's well known that the United States believes that it is important for all aspects of the case to be conducted fairly and transparently and in a way that increases confidence in the rule of law in Malaysia," Clinton told reporters at a news conference with Malaysian Foreign Minister Anifah Aman.
In a clear reference to Anwar's case in its annual report on human rights, the State Department bluntly stated that the Malaysian government "continued to pursue the prosecution of a prominent opposition leader on politically motivated charges."
Clinton said she has discussed the case with the government but it was unclear whether she did so Tuesday or in the past.
"I have raised it and we have continued to raise it and it is a part of our ongoing dialogue," she said.
'IT CAN HAPPEN TO THE REST OF US'
Anifah said his government wanted to ensure that Anwar received a fair trial and would not interfere in the case.
"What surprises me is that if there is a political prosecution ... the Malaysian national government is much smarter. We may as well stop Anwar before he becomes a member of parliament rather than bring it to the open trial in the court," Anifah told reporters.
"It is my interest and our interest to make sure that Anwar gets a fair trial because if there is such thing as a political prosecution -- if it can happen to Anwar -- it can happen to the rest of us," he said.
Clinton did not meet Malaysian Prime Minister Najib Abdul Razak, who is ill, during her visit to the South East Asian nation, but spoke to him by telephone from his hospital room.
In what appeared to be a carefully calibrated effort to ensure symmetry, two U.S. officials said Clinton would speak to Anwar on the telephone but would not meet him face-to-face.
The Malaysian government appeared to appreciate Clinton's delicacy, particularly during a week when the ruling coalition is facing two key by-elections on Thursday, in the northern state of Kelantan and eastern Sabah state on Borneo island.
"I have no objections at all if Secretary Clinton wants to see Anwar Ibrahim," Anifah said, adding it would be customary for her to meet the opposition. He also said he "appreciated" Clinton's stance and he did not wish there to be any appearance America was backing any party or individual in the by-elections.
Najib's government needs a convincing win in both races to signal a turnaround for the coalition, which posted its worst ever result in the 2008 general election.
Victory in the by-elections would also pave the way for Najib to call for early national polls to secure his own mandate, although a general election is not due until 2013.
(Additional reporting by Y-Sing Liau; Editing by Alex Richardson)
http://news.yahoo.com/s/nm/20101102/pl_nm/us_malaysia_usa