Tuesday, September 27, 2011

Buat Saja JK Mengkaji Kebenaran Disebalik Peristiwa Memali

Berikut adalah apa yang dicadangkan oleh pakar Sejarah Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Ramlah Adam memberitahu peristiwa Memali itu perlu ada kajian lengkap.
"Pengkajian yang perlu diteruskan dan mesti bersikap adil, ini bagi memberi satu kebenaran dalam peristiwa tersebut.
"Kajian sejarah perlu diberikan penekanan oleh pihak tertentu agar budaya tuduh menuduh dapat dielak.
"Saya bersetuju dan sekarang bukan masa untuk kita tuduh menuduh kerana yang paling penting mencari kebenaran disebalik peristiwa Memali," jelas Ramlah.

Baiklah semua panel termasuk moderatornya sekali bersama dalam JK tersebut. SINAR juga diharapkan dapat memain peranan bukan setakat mengetengahkan isu tapi menghalusi sehingga terbit kebenaran berkaitan dengan isu tersebut.

No comments:

Post a Comment