Wednesday, October 20, 2010

galas dan pas

selamat dan semoga kerahmatan allah swt bersama kita

kemenangan galas harus difikirkan berlandaskan fakta-fakta yang dinyatakan dibawah ini. berfikir tanpa mengetahui fakta-fakta sebenar menyebabkan kita tersalah membuat keputusan dan mengakibatkan kehidupan kita tidak seperti yang dikehendaki oleh islam. islam harus menjadi perkara teratas dan mendominasi kepentingan berbanding dengan fakta-fakta yang lain. yang demikian barulah selari dengan tuntutan syahadah yang diucapkan seterusnya menghindarkan kita daripada ciri-ciri munafik dan kekafiran.

fakta 1 : kemenangan adalah hak mutlak allah swt.
fakta 2 : pas adalah parti islam
fakta 3 : umno adalah parti sekular
fakta 4 : kemenangan terbahagi 2 iaitu kemenangan dunia dan kemenangan akhirat
fakta 5 : allah swt tidak mempersoalkan kenapa kenapa kalah ?
fakta 6 : allah swt akan mempersoalkan di mana usaha kamu?
fakta 7 : ganjaran yang amat besar menanti di dunia dan akhirat kepada yang berjuang di jalan allah swt.

kesimpulan : setelah difikir-fikirkan dengan berdasarkan fakta-fakta diatas maka jelaslah islam dan pas adalah penyelesaiannya. namun kelemahan kita manusia tetap ada. maka perlu selalu diingatkan pada semua, apa yang sedang kita lakukan (segala dalam kehidupan) adalah ibadah. kesedaran ini akan menjadikan kita di bawah perhatian dan perlindungan allah swt. perhatian dan perlindungan allah swt ini amat bernilai jauh melampui kemenangan di galas. walaupun kita semua amat merindui kemenangan di galas kerana kemenangan itu terlalu besar buat kita pada masa ini.
langkah-langkah yang harus kita lakukan

langkah 1 : berusahalah sekuat lagi seikhlasnya kerana allah swt
langkah 2 : pohonlah (dengan merendahkan diri) bantuan daripada allah swt
langkah 3 : rujuklah pedoman allah swt, sunnah rasul dan sirah sebagai susun atur strategi
langkah 4 : bertaubat (pohon keampunan sekira terdapat sebarang kesalahan semasa berkempen) hanya pada allah swt
langkah 5 : berdoalah (dengan penuh pengharapan) kepada allah swt
langkah 6 : dan akhir sekali redha dengan ketetapan allah swt dengan sepenuh hati. jika satu kemenangan banyak-banyaklah bersyukur dan jika satu kekalahan ucapkan alhamdulillah kerana ucapan itu bertepatan dengan ungkapan “alhamdulillah fi kulli hal”.

penutup.
berusahalah sekuat hati dengan penuh semangat dan hikmah kerana sekarang adalah peringkat berusaha. sesungguhnya peringkat ini adalah peringkat pertama yang perlu dilalui walaupun terlalu panjang lagi memeritkan. pada zaman rasulullah dan sahabat dulu mereka berjuang hingga menumpahkan darah. mereka berlaku demikian kerana mereka yakin kepada janji-janji allah swt yang disampaikan melalui lidah pesuruhNya. mereka juga yakin akan kebesaran allah swt serta lemahnya makhluk bernama manusia. segala-gala ciri-ciri ini ada pada sahabat dan insya allah swt ada juga pada kita yang mewarisi perjuangan para sahabat. jelas juga ciri-ciri ini tiada pada umno. tarbiah yang kita lalui adalah menjurus kearah membentuk jiwa-jiwa seperti generasi sahabat. usrah, tamrin, seminar, halaqat, ijtimak dan apa jua istilah yang diguna pakai semestinya matlamat akhirnya melahirkan pejuang berjiwa besar seperti jiwa-jiwa generasi sahabat.
sekian. ilal liqa’ ma’as salamah.

No comments:

Post a Comment