Tuesday, November 9, 2010

netbook 1malaysia punya cerita




fakta 1
baru-baru ini di parlimen telah dibangkitkan oleh seorang mp sabah memaklumkan bahawa netbook 1malaysia diterima oleh penerima yang tinggal di kawasan yang tiada liputan internet.
fakta 2
banyak kes penerima netbook 1malaysia yang menjual netbook untuk mendapatkan tunai kerana tunai adalah lebih penting bagi mereka untuk meneruskan kehidupan.
fakta 3
ramai pekedai komputer yang ‘seronok’ kerana banyak netbook 1malaysia yang ‘rosak’. antara masalah utama ialah tiada di’install’kan office dan masalah penerima sendiri yang langsung tak tahu menggunakan komputer.
begitulah fakta yang boleh dijadikan renungan kita bersama. tak diketahui kebenaran dakwaan rocky bru bahawa 1 billion jumlah wang yang diperuntukkan untuk projek netbook 1malaysia ini dan syarikat yang yang ditawarkan mengendalikan projek ini mempunyai kaitan dengan individu penting.
apakah kerajaan masih gagal dalam ‘penyampaian’nya? sama seperti sebelum pru 12 sehingga rakyat bangkit mengundi pembangkang.
apakah hanya semata-mata kerana tujuan yang tidak seutama mana, kerajaan sanggup mengetepikan keutamaan lain yang lebih utama? ini juga mengakibatkan rakyat mengundi pembangkang pada pru 12.
makmal komputer di sekolah-sekolah banyak yang sudah ditinggalkan oleh guru mahupun pelajar. kerana apa? jawapannya perkakasan dan perisian yang telah ketinggalan 10 tahun kebelakang. jika ict yang hendak dimajukan maka usaha meng’upgrade’ balik makmal komputer sekolah patut diberi keutamaan.
kemudian mungkin melalui sedikit peruntukkan tambahan makmal ini perlu digesa oleh kerajaan membuat program celik ict kepada masyarakat setempat. contohnya program hujung minggu atau semasa cuti persekolahan kerana usaha ini dapat mengoptimakan penggunaan peruntukkan makmal komputer yang dikeluarkan.
apa yang lebih malang, masih ada sekolah terutama sekolah bantuan modal yang masih tidak mempunyai makmal komputer. sekolah-sekolah ini merupakan penyumbang utama pegawai-pegawai kerajaan sehingga sekarang. pada masa itu sekolah-sekolah kerajaan masih terkial-kial. sekarang sekolah bantuan modal diketepikan tanpa makmal komputer hanya dengan alasan bangunan dan tanah bukan milik kerajaan tanpa merenung kembali jasa lagi sumbangan yang telah dicurahkan oleh sekolah-sekolah tersebut pada satu masa yang lalu.
ringkasnya, 1 billion (kalau benar) eloklah disalurkan terlebih dahulu kepada :
1.   meng’upgrade’ makmal yang sedia ada
2.   mengoptimakan penggunaan makmal sekolah kepada masyarakat setempat.
3.   mengadakan / mengubahsuai makmal computer di sekolah bantuan modal
4.   program literasi ict harus diwajibkan di semua sekolah rendah atau menengah.

No comments:

Post a Comment