Tuesday, November 2, 2010

wartawan tak tahu sirah, spr setuju melulu

diatas petikan akhbar berita harian.

Sedih baca akhbar hari ini sama seperti pada hari-hari lain. Hari ini akhbar terus jahil tentang Islam atau sengaja buat tak faham. Macam-macam yang dituduh hanya pada Allah SWT kami serahkan. Harap dapat dibaca penjelasan di bawah yang penulis petik dari internet dari beberapa web dan blog.

petikan utusan online 3 nov 2010

GUA MUSANG 2 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti sama ada tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sumbangan wang tunai kepada masyarakat Orang Asli di Lojing, semalam melanggar Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Bagaimanapun Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa menyiasat atau mengambil tindakan ke atas Nik Abdul Aziz sekiranya kes tersebut benar-benar berlaku.

baca selanjutnya di utusan





Mualaf memang menjadi perhatian Nabi Muhammad SAW. Banyak dalam sirah baginda menunjukkan baginda amat mengambil berat tentang golongan mualaf. Antara yang sering diulang baca ialah tentang Perang Hunain. Walaupun diulang berkali-kali, namun setiap kali itulah juga hati menjadi begitu sayu, tersentuh dengan ucapan Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah :

Selepas kemenangan di pihak Islam, Rasulullah s.a.w. membahagi-bahagikan harta rampasan perang. Penduduk Makkah yang baru memeluk Islam diberikan lebih banyak harta rampasan perang. Tindakan baginda itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir individu kaum Ansar, hingga timbul kata-kata yang kurang baik di belakang baginda. Kata Mereka,"Apabila bertemu kaum Quraisy, kita dilupakannya. Sedangkan darah musuh belum kering dari mata pedang kita." Demikianlah antara kata-kata segelintir orang Ansar yang menyinggung perasaan Rasulullah s.a.w.


Baginda kemudiannya menceritakan perkara sebenar yang menjadi isu. Baginda bersabda yang bermaksud,;


"
Aku berikan harta rampasan kepada penduduk Makkah, semata-mata hendak memujuk hati mereka yang baru sahaja memeluk Islam. Sementara kaum Ansar pulang ke Madinah walaupun tanpa harta rampasan perang, tetapi mereka akan pulang bersama Nabi Allah. Mana lebih baik, pulang bersama Nabi Allah ataupun dengan harta rampasan perang?"

Semua kaum Ansar menitiskan air mata selepas mendengar penjelasan daripada Rasulullah s.a.w.Mereka kesal kerana mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan kepada Rasulullah s.a.w. berhubung isu harta rampasan perang..... 

Maksud muallaf ialah orang yang dijinakkan hatinya supaya tertarik kepada Islam. Oleh itu, golongan muallaf yang berhak menerima zakat ialah mereka yang baru memeluk Islam, yang kehilangan sumber pencarian atau pendapatan ahli keluarga sehinggalah dia mampu berdikari dan menguruskan kehidupan keluarganya.

Istilah mualaf atau orang yang memeluk Islam disebut dalam al-Quran. Ini bermakna, menjadi mualaf atau gelaran mualaf itu adalah satu kemuliaan kerana mereka ibarat kanak-kanak yang baru lahir, bersih daripada dosa dan noda. Saya tidak kisah sama ada mualaf ini hendak dipanggil saudara baru, saudara muslim, saudara kita dan lain-lain gelaran. Apa yang penting kebajikan dan nasib mualaf terbela.

Mualaf bukanlah golongan kelas kedua atau ketiga, tetapi mereka adalah golongan istimewa yang perlu diberikan perhatian. Malangnya, golongan ini selalu dilupakan walaupun diingatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. (Surah At-Taubah: 60)

Perlu diingatkan bahawa, Islam bermula dengan mualaf. Setelah Nabi Muhammad SAW diangkat oleh Allah SWT menjadi Rasul, maka seluruh umat Islam yang mengikuti perjuangan Rasulullah SAW adalah bergelar mualaf, kecuali Saidina Ali Abi Talib, kerana beliau memeluk Islam ketika masih di bawah umur. Contoh Saidina Ali ini jelas menunjukkan betapa remaja boleh berperanan lebih jauh dan menjadi aset kepada agama, bangsa dan negara, sekiranya mereka benar-benar insaf akan tanggungjawab dan memahami penciptaannya oleh Allah SWT, bukan sekadar main-main.

Peranan dan penglibatan mualaf di zaman awalan Islam memang tidak boleh dinafikan sama sekali. “Mualaf-mualaf” ini melibatkan diri secara aktif bersama-sama Rasulullah SAW. Perjuangan ini disambung oleh generasi seterusnya, sehinggalah Islam berkembang ke seluruh dunia, tidak ketinggalan turut sampai ke Alam Melayu.

Jika mualaf itu kaya, tidak bermakna mereka tidak layak atau tidak perlu diberikan perhatian dan bantuan. Mereka tetap layak mendapat bantuan berasaskan asnaf zakat. Sama ada mereka mahu menerima atau tidak, itu persoalan lain. Bantuan tersebut perlu disalurkan sebagai tanda mengambil berat. Saya yakin mualaf yang berada (kaya) tidak akan menerima wang tersebut, sebaliknya akan mengembalikannya kepada yang berhak. Yang penting ialah “sikap ambil berat dan follow up”.

No comments:

Post a Comment