Wednesday, October 27, 2010

bukan along tapi aku yang kena lelong




di bawah disenaraikan antara institusi yang ditubuhkan oleh pihak mereka untuk membantu bumiputra dari sebelum kemerdekaan lagi. semasa nak menubuhkan institusi-institusi ini begitu membara kata-kata dan ucapan mengungkapkan kata-kata semangat dengan perancangan yang begitu teliti berserta perangkaan-perangkaan akan dicapai yang akhirnya akan membebaskan melayu dari kemiskinan di negara sendiri. maka terngangalah melayu mendengarnya. percaya sejazamnya tanpa sebarang was-was. dihujahlah serasional dan berkajang maklumat diberikan nescaya tidak goncang kepercayaan kepada perangkaan-perangkaan yang diberikan oleh mereka.
Bil
Nama Institusi / Dasar Kerajaan
Tahun Ditubuhkan
1
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
1954
2
Felda
1956
3
Fama
1965
4
Bank Bumiputra Berhad (modal rm 20 juta) (ditubuhkan resolusi kongres ekonomi bumiputra 1-1965)
1965
5
Bank Pertanian  
1969
6
Pernas (modal rm 50 juta) (ditubuhkan resolusi kongres ekonomi bumiputra 2 – 1968)
29 -11-1969
7
Dasar Ekonomi Baru
1971

apa dah jadi dengan institusi-institusi di atas kini ? adakah mencapai matlamatnya ? apa pulak perangkaan-perangkaannya kini ? atau hanya menjadi tempat melonggokkan pemimpin-pemimpin mereka yang tak muat untuk dimasukkan dalam kabinet / jawatan-jawatan penting lain dalam kerajaan. ada antara institusi –institusi  ini yang telah tak wujud lagi di atas muka bumi ini.
ini dialog soal jawab menarik untuk renungan kita :
pas4all         : mana perginya institusi x?
mereka         : institusi tersebut telah ditukar namanya.
pas4all         : bagaimana dengan matlamat penubuhannya ?
mereka        : peranannya telah diambil alih institusi lain yang lebih efektif dan relevan dengan masa kini.
pas4all         : ke manakah geran dan modal kerajaan yang telah diperuntukkan  semasa penubuhannya ?
mereka        : pembayaran telah dibuat kepada pemegang-pemegang saham dan pemegang-pemegang amanah.
pas4all         : bagaimana dengan npl?
mereka                  : juga telah ditanggung oleh pemegang-pemegang saham dan pemegang-pemegang amanah.
pas4all         : berapa harga ‘x’ di’jual’ ?
mereka        : ikut harga pasaran, dipersetujui oleh kedua-dua pihak serta diluluskan oleh kabinet.
pas4all         : kenapa ada individu yang ada kaitan dengan vip dalam institusi yang mengambilalih kepentingan ‘x’ ?
mereka        : kita Malaysia mengamalkan kebebasan berurusniaga. tuan pun boleh kalau berkemampuan. he he he.
pas4all         : kenapa semasa penubuhannya di’akta’kan di parlimen tetapi bila di’rebrand’ tak pun dipinda akta tersebut di parlimen?
mereka        : ini di bawah kuasa kabinet. tunggu kalau tuan jadi kabinet nanti tuan boleh buat apa yang tuan katakan tu. 
itulah jawapan mereka. jawapan mereka memang betul. betul di dunia kerana kita yang bertanya ini maha lemah dan maha tidak mengetahui. maka kita akur walaupun dalam hati terdetik jua rasa keraguan. kemudian teringat pula kita kepada perlunya berhusnul zhan. kita diam dan tersenyum.
sesungguhnya allah swt maha mengetahui dan maha berkuasa. jika itulah jawapan mereka maka sesungguhnya allah swt mengetahui duduk perkara sebenarnya malah apa sebenarnya yang ada dalam hati mereka. mereka tidak dapat berselindung apa tah lagi nak beralasan seperti alasan-alasan yang mereka berikan di atas. malah ada golongan yang gementar dan langsung tidak berani mengangkat muka di mahsyar nanti kerana terlalu aib dengan perbuatan mereka di dunia ini.
semoga allah swt merahmati kita semua. amin.

No comments:

Post a Comment